Khamis, 17 Disember 2020

ASB? vs TH? vs EMAS?

ASB?vs TH?vs EMAS?


Sudah tentu saya pilih silver. Kerana silver ada potensi lebih besar dalam jangka masa panjang. Tapi tak ada dalam jadual di bawah. So saya tak nak ulas lagi tentang silver. Reserve my comment dulu.

Soalan selalu saya terima. Nak simpan emas TH atau ASB? Tuan tuan, berikut merupakan kadar dividen dan kenaikan harga emas dalam tempoh 19 tahun (2001-2019)(rujuk gambar). 

Saya ulas tentang emas dulu. Jika diperhatikan kadar purata emas naik 10.53% (belum ditolak zakat). Tahun ni saja emas naik lebih 20%. Tetapi emas ada turun dan naik. Jika dilihat emas pernah turun (warna merah) tetapi lebih banyak naik. Jadi ia lebih sesuai untuk simpanan jangka masa sederhana dan panjang.

Keuntungan purata melebihi 10% adalah sesuatu yang bagus dalam pelaburan. Dalam jangka masa panjang memang banyak perbezaan. Warren buffet antara pelabur saham terhebat di dunia mampu beri keuntungan 22% setahun.

Jadi, jika ada individu kata boleh beri keuntungan tahunan melebihi 20%. Kemungkinan besar ianya skim cepat kaya. Syarikat entah dari mana mana pula mampu beri jaminan keuntungan. Setiap pelaburan pasti ada risiko. Bila anda ada ilmu pasti tidak mudah terpedaya dengan skim cepat kaya.

ASB pula memberi dividen purata 7.16% untuk tempoh yang sama. Boleh tahan tinggi  (belum ditolak zakat). ASB merupakan amanah saham yang kukuh dan memberi keuntungan yang konsisten. Namun, Jika dilihat ia merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Dan saya percaya untuk tempoh 3 tahun akan datang ia sukar untuk beri dividen diharapkan seperti sebelum ini. Saya pasti dividen tahun 2020 lebih rendah kerana kelembapan ekonomi bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia.

Sama juga dengan TH yang memberi dividen purata 4.61% setelah ditolak zakat. Pulangan yang agak baik namun merosot juga beberapa tahun kebelakangan. Paling teruk tahun 2018 hanya 1.25%. Tahun 2019 pula 3.05% saja. Tahun 2020 mungkin lebih rendah.

Inflasi pasti akan berlaku. Kuasa beli dan nilai wang tetap akan menurun dalam jangka masa panjang. Dividen turun, gaji pula kena potong tetapi harga barang tetap akan naik. Dividen 4% memang tidak mencukupi untuk dana persaraan. 

Tuan-tuan sila kekalkan simpanan anda dalam ASB dan TH tetapi wujudkan Dana Persaraan bagi menjamin masa depan yang lebih stabil. Jangan pergi keluarkan pula simpanan yang sedia ada.

Kumpul aset seperti hartanah, emas dan perak.  Jika tak mampu beli rumah, kumpul emas dan perak sikit sikit.kumpul sampai sekilo dan bila ada rezeki jual dan beli rumah. Jangan bertangguh.

Kurangkan liabiliti dan urus kewangan dengan cekap dan penuh disiplin. Apa jua keputusan tuan tuan buat pada harini ini akan menentukan dimana tuan tuan berada 10 tahun akan datang. Samaada ingin hidup dibelenggu hutang atau financial freedom

Pilihan ditangan anda. Tiada siapa akan paksa anda. Saya hanya boleh beri galakan dan motivasi. Tetapi saya tidak boleh paksa anda menyimpan. Kita boleh tarik kuda ke kolam, tetapi tak boleh paksa kuda tersebut minum air. Jadi Anda sendiri kena paksa diri anda.

Dapat sesuatu dari posting ini? Alhamdulillah
.
.
.
.
.
FAST LOCK & FAST PAYMENT..
Http://www.wasap.my/601155065442

JOIN CHANNEL TELEGRAM
https://t.me/MaharichGold





Cc: Adam Fahmi Ghazali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan