Selasa, 15 Disember 2020

MELABUR EMAS CARA MUDAH


Orang Kelantan memang sinonim dengan pemakaian emas 916 sebagai perhiasan. Tak kira usia muda atau berumur mereka semua sukakan perhiasan emas. Nak pula bila ke pasar, kita boleh tengok sendiri boleh dikatakan setiap peniaga memakai perhiasan emas di kedua belah tangan dengan kuantiti yang banyak dan besar2. Ini menggambarkan mereka sukakan perhiasan emas menyaluti badan mereka.
.
.
Tak terlepas dengan saya juga yang sememangnya agak suka memakai perhiasan emas walaupun xseberapa harganya. Wajib ada seurat melekat kat badan untuk beri rasa keyakinan pada diri sendiri. Ini mungkin juga dipengaruhi oleh saya "anak kelahiran Kelantan sejati.".. šŸ˜…šŸ˜…šŸ˜…
.
.
Berbalik pada tips melabur emas... Sebenarnya bukan tips sangat lah. Ini lebih kepada perkongsian cara saya membeli dan menyimpan emas cara saya sendiri.
.
.
Permulaannya saya beli sebentuk cincin dengan gaji yang tak seberapa. Ini saya anggap sebagai rewards pada diri lah sebab dah bekerja berpenat lelah kan. 
.
.
Kemudian bila dah lama pakai cincin yang sama teringin nak pakai yang design jenis lain pula. Jadi beli lagi sebentuk yang design lain. Alhamdulillah...
.
.
Dan bila dah ada 2 design berlainan teringin pula nak design yang ketiga... So dengan hasil kumpul gaji sikit2 boleh lah ambil design yang lain pula. Syukur... Masa ni harga cincin sebentuk baru bawah dari 500. Ikutkan masa ni memang xminat lagi dengan barang2 emas ni sebab kerjaya saya yang tidak membenarkan saya memakai perhiasan emas. Misi gomen katakan.
.
.
Baik...kat sini bukan saya nak cerita pasal saya beli barang kemas tapi nak cerita nak dapatkan sesuatu itu kita kena bermula dan berusaha. Barulah impian tercapai. Bila dapat hasilnya pasti kita akan rasa puas dengan usaha sendiri walaupun ia agak kecil bg orang lain
.
.
Ok sambung...
Lepas dah ada 3 bentuk cincin tu saya berfikir nak pakai kat mana banyak2 cincin ni kan. Cincin ni cukup pakai 1 ke 2 bentuk sahaja dalam satu2 masa. Jadi saya fikir baik beli gelang pula sebab saya masih belum ada gelang. Masa ni saya dah berhenti kerja gomen Dan hanya kerja sendiri sahaja.
.
.
Jadi setiap bulan kerja dan kumpul duit sikit2 maka bolehlah beli gelang pertama dengan harga hampir 2k sahaja. Tapi rasa macam puas sangat sebab dah dapat beli hasil usaha sendiri. Dengan izin Allah.
.
.
Tapi nafsu perempuan ni tak dapat nak kawal terutama bila lalu sebelah kedai emas. Pantang nampak kedai emas mula lah nak singgah. Nampak sangat dah ketagih dengan barang2 kemas. Nasib baik en suami sporting, dia ikutkan ajer keinginan isteri nak menjamu mata dengan biskut kuning.
.
.
Jadi bila nafsu menguasai diri,bila ada yang berkenan jiwa memberontak nak, nak dan nak. Bermulalah episod saya start buat kerja luar kotak fikiran dengan membeli barang kemas yang lebih besar dan harga lebih tinggi dari sebelum2 ni. 
.
.
Start sini bila nampak yang berkenan dengan harga yang berpatutan saya terus bincang dan ajak en suami ke ar-rahnu untuk saya dapat ambil yang baru. Dan en suami pun tak kisah kalau saya pandai manage kewangan untuk tebus balik biskut kuning yang digadai. Alhamdulillah saya disiplinkan diri dengan membuat tebusan balik barang kemas yang digadai dalam hanya beberapa bulan sahaja.
.
.
Jadi macam tu lah kitaran yang saya lakukan sehinggalah dapat memiliki beberapa utas gelang tangan. Nak bayar cash xmampu sangat, jadi inilah sahaja jalan terbaik untuk saya lakukan dalam memiliki biskut kuning idaman hati.
.
.
Tak cukup dengan gelang, keinginan nak memiliki rantai leher besar pula mula mai.  Dalam kepala dok set nak yang besar dan labuh. Makan masa beberapa bulan juga mind set dok set benda ni. Akhirnya....

Kebetulan masa nak keluar beli barang2 keperluan, Singgah lagi di kedai emas  sebelum sampai destinasi utama. Kebetulan juga ada yang used gold kat Kedai emas tersebut sama dengan design yang saya setkan dah tu.( rantai leher besar dan labuh) dengan harga hampir 17k. Pada saya harga tu agak keras juga, tp apakan daya jiwa memberontak sebab nak juga realisasikan impian ini.
.
.
Sekali lagi saya ulang perkara sama. Kumpul beberapa utas gelang dan rantai leher dan terus ke ar-rahnu. Alhamdulillah hasil dari gadaian tersebut dapat saya ambil rantai leher idaman. Tapi masa yang saya ambil untuk tebus balik barang2 kemas yang digadai tu makan masa setahun juga. Saya tebus sikit2 hingga selesai. Makan masa hampir setahun juga lah. Tapi alhamdulillah Allah permudahkan.
.
.
Syukur atas nikmat Allah berikan.
Jadi kat sini saya ingin rumuskan bahawa :

1. Jika kita nakkan sesuatu belilah sebagai hadiah untuk diri kita yang dah penat bekerja siang malam. Rata guru saya "rewards your self 1st" So saya pegang kata2 ni sampai sekarang. Bila dah dapat apa yang kita nak kita akan rasa happy dan lebih bersemangat. Tapi kena tahu tahap kemampuan kita juga.

2. Dalam nak kumpul emas ni kita kena bermula. Walaupun permulaan beli sebagai hadiah diri sendiridan kecil. Bila dah ada nanti pasti akan jadi minat dan minat untuk kumpul sebagai koleksi pula.

3. Saya lebih suka beli dan gadai bila memerlukan wang. Dan tebus balik setiap bulan. Pada saya kalau jual dan beli lain kita hanya ada yang baru sahaja. Yang lama dah tiada lagi. Berbeza dengan gadai yang lama dan tebus balik dan dalam masa yang sama perhiasan baru pun tetap dapat miliki. Cuma perlukan disiplin diri sebab nak kena bayar bulan2 untuk tebus balik.

4. Untungnya tambah koleksi emas ni adalah sebagai jaminan bila kita memerlukan pertolongan kewangan dalam jangkamasa cepat. Sebab xperlu minta tolong dan merayu pada sesiapa kalau kita perlukan pertolongan segera. Nak buat loan bank makan masa juga terutama bagi golongan yang tak bekerja macam saya ni.


5. Bila anak makin ramai dan membesar nak jalan jauh agak tak selesa dengan kereta kecik. Jadi terpaksa beli kereta MPV yang murah2 harganya. Jadi sekali lagi biskut kuning ni digadai untuk ambil kereta yang lebih selesa dalam bentuk cash. 
Kenapa xambil je kereta loan. Pertama sebab xnak bebankan bulanan dengan loan dan interest tinggi. Kedua sebab susah nak buat loan sebab kami laki bini bekerja sendiri sahaja. 


6. Paling best pengalam dapat beli tanah dengan hasil kumpulan perhiasan ini. Separuh duit dari hasil barang kemas. Dan separuh lagi dari hasil simpanan bulanan dari berniaga kecil2an. Sekarang pun barang kemas masih belum di ambil kesemuanya lagi. Dalam proses tebus balik perlahan2. Kena sabar banyak kat sini šŸ˜ƒšŸ˜ƒšŸ˜†

7. In Shaa Allah sikit hari lagi akan terhasil sebuah rumah untuk berteduh pula hasil dari kumpulan biskut kuning ini. Doakan saya ya...

8. Melaburlah dengan emas dan dinar kerana nilai tak pernah susut malah makin tinggi nilainya dari semasa ke semasa.
.

Jadi pada sesiapa yang belum bermula lagi bolehlah mulakan sekarang. Bermula dari yang kecil dan mendaki kepada yang lebih besar. Melabur emas banyak membantu kita terutama bila hadapi saat2 kecemasan yang memerlukan duit yang cepat.
.
Sampai sini dulu perkongsian saya kali ni. Moga ada manfaat bagi yang menilai dari sudut positif dan ilmu. 


Akhir kata... Jemput join Telegram saya bagi sesiapa yang nak bermula dan tambah koleksi emas.

JOIN CHANNEL TELEGRAM
https://t.me/MaharichGold


FAST LOCK & FAST PAYMENT..
Http://www.wasap.my/601155065442



Tiada ulasan:

Catat Ulasan